31/07/2011

buat kesekian kali,aku rasa hodoh lagi.
angkara seorang lelaki.
ada rindu di pangkal hati
tak lama lagi pasti merebak ke ventrikel kiri.
kita kongsi
depresi.

30/07/2011

marah sedang merokok dengan rakus,mata tiada nyawa dan nafas tercungap-cungap.
tangan kiri capai botol berisi diesel menunggu masa.
lempar macam kena hasut syaitan dengan harapan lunyai nyawa-nyawa ikan.

shut up,bitch.
just shut up.

29/07/2011

waktu tidur sudah berkurang dengan drastik.

apa kamu sudah buat sama katil dan bantal saya haa?
pernah kau rasa menjauh?
kau
jauh.









jauh.

27/07/2011

"well,I'm singing.are you listening?"
"yeah"
"so how was it?"
"emm...bolehlah",jawabnya tanpa mata berenggang daripada surat khabar.

lalu dia blah daripada situ terus ke luar pintu dan tak pulang-pulang lagi selepas setengah jam.
SETENGAH JAM risau gundah.

ada ketukan di pintu.aku buka.dia.tak semena-mena dia cium pipi kanan kiri dahi dan kata,
"esok nyanyi lagi okay,baby?" sambil selit bunga ros puteh di telinga aku dengan hati-hati.

26/07/2011

soalan tipikal lelaki:

tinggal mana?

dan kau expect aku akan jawab,
nombor 7,lorong paling gelap,datang dengan cepat sebelum Abang pulang.

yang menunggu,
gincu merah.
falsafah,falsafah,falsafah.
tak habis-habis dengan falsafah.
pernah dengar falsafah kau-pernah-dua-tiga-kali-tegur-aku-tapi-aku-tak-cukup-menawan-sampaikan-kau-lupa-dan-cuba-taktik-lama?
oh itu falsampah,brother.

24/07/2011

alahai
usah merajuk
tiap-tiap hari aku siram ego
dengan air mata
dibaja cemuh dunia
ala kucikucikuuu punya aku
mahu biar aku rangkul seorang diri?

23/07/2011

ada yang datang bertanya,'itu siapa?'.
entah.aku sendiri tidak pasti.
jadi aku diamkan saja.
perihal dengki
kotor berlumut habitat posesi
cemburu berodor daki
sekali singgah ludah
benci benci benci
kulit bersisik emosi.

22/07/2011

toleh tepi
seperti dikenali
persis si Bruno
romeo paling masyhur mengayat wanita
semi-elektrik
rugi
fius satu lagi neutral entahkan masih berfungsi
boleh jadi mencair
nervosa
si Bruno sudah punya teman
selamat jalan,Singapura.
kehadapan suamiku,

sayang,saya suka ke pasar raya.bila barang runcit habis usah segan pesankan apa yang mahu.harap-harap wangnya cukup untuk tanggung selera perut saya yang agak jumbo dan tentu perut kamu juga.oh iya,mug-mug di rumah kita nanti biarlah besar belaka.kamu tahu dahaga saya bagaimana,bukan?
yang penting peti sejuk kita nanti ada jus epal,oren atau mangga.jangan lupa susu kocak perisa coklat.
itu saja sudah cukup bikin saya bahagia.
berskandal dengan si ramai skandal memang sundal.
seronok tapi sundal.
lama-lama kau akan tamak dan mahukannya untuk kau seorang.

tak boleh kata apa-apa.
mungkin dia langsung tidak endah.
cukup sedap kalau dia tak terperasankan sudah.

tak apalah.
you layan yang ini,i layan yang itu.
fair enough?

21/07/2011

menunggu.
kau nampak tak?
*lambai*
sekarang? nampak?

oh.rabun rupanya.

20/07/2011

mencari nikotin

tak sangka aku akan rindukan surat-suratnya.
she's somewhat cool,very cool.


dan sekarang,
masa untuk nikotin.