27/11/2011

Salah kau.
Bila terlalu mempersonakan dalam gelanggang sendiri.
Salah kau.
Pakai apa semua comel.
Salah kau.
Lipat hujung jeans pun comel.
Salah kau.
Mesra sangat walaupun baru kali pertama bertentang mata.
Salah kau.
Dan suara kau.
Salah kau.
Salah kau.
Salah kau.

Kahwin nanti behave okay.Semoga anak korang nanti comel kbye.

23/11/2011

Aku tahu aku tak layak untuk majoriti jam-jam di dinding, begitu juga ayat-ayat tenang dan sense of humour kau yang sangat aku berkenan.Cuma aku sedih, hampa, melihat kau pilih lelaki daripada kawan.
Sabar aku sikit tapi aku simpan untuk kau. Aku tak mahu dan tak nak terima term 'putus kawan' walau apa pun yang terjadi. Kau adalah separuh nyawa aku. Dulu bila kau menghilang tanpa khabar, kau tak akan dapat bayangkan betapa nyawa-nyawa ikan aku waktu itu.
Come on. You're giving me more reasons to hate guys.

11/11/2011

Lelaki cantek suka perempuan cantek.Perempuan cantek suka lelaki cantek.Iyalah,kata sama-sama cantek.Secocok bukan? Tinggallah aku teringatkan lelaki cantek yang entah ingat lagi atau tak sama aku.Lelaki cantek yang aku nampak di mana-mana.Lelaki cantek yang aku banding dengan semua lelaki yang pernah aku jumpa.Lelaki cantek yang dahulunya bikin jantung aku gila.Lelaki cantek yang matanya berbicara.Lelaki cantek yang mengelektrikkan.

Dia,asyik.Dan aku masih asyik dengan dia.

10/11/2011

So called human rights

You can't tell me what I can or cannot do.Face it.I belong to me and I can do whatever I wish (sort of).This is my life thus it's going my way.Live yours while I live mine or watch me drift away,far,far away.

Take a good look at my magenta hair 'cause I'm dying it blue next.

07/11/2011

So,ini kiranya cubaan aku untuk get back in the writing game.Dapat idea secara tiba-tiba bila bermonolog dengan diri sendiri dan ingin saja aku cedok ayat-ayat dalam kepala,curah terus dalam baldi Blogger.Tapi aku hanya muggle (walaupun aku cuba yakinkan diri aku bahawa aku ada potensi untuk jadi a witch).

Anyways...

Jodoh.What about it? Macam mana kau nak tahu kau dah jumpa THE ONE aka Mr. Right aka Pelengkap Rusuk Masing-Masing? Ada orang kata you just know it when the time comes.Senanglah kau cakap.What is IT? Mana nak cari IT? Takkan bersepah atas jalan tunggu masa untuk dikutip? Well,could be.Yang mungkin,aku rasa aku belum jumpa IT aku.Ataupun dah jumpa tapi belum tahu.Bak kata orang tua-tua,belum sampai seru.Amboih,grad pun belum dah gatal nak berlaki.Hang gila? Semua orang ada hormon,hormon buat kau rasa macam-macam.In other words,hormon buat kau gatal atau dalam bahasa elok sikit bersosial atau dalam bahasa elok banyak sikit bergaul dengan orang lain.Okay aku rasa dah menyimpang daripada topik kita.Eh kejap,apa topik tadi? Chicken sandwich is it? Hmm something starts with J---ah ahh jodoh!
Jodoh kau boleh jadi siapa-siapa.Melayu,Mat Salleh,Orang Asli...you name it.The thing is you can't because it's already written somewhere up there by God.Jadi yang kau boleh buat adalah tunggu tunggu dan tunggu lagi sampai ke tua.Nah,I'm kidding.But waiting is a part of it,undoubtedly.Sama juga macam hidup.Sebuah perjalanan entah ke mana-mana.

Ah apa aku merepek ni?!!
Give me Hai Peng's chicken sandwich or somebody's gonna get hurt!

24/10/2011

perlahan-lahan ada bisikan sedang kami rapat.
rentak jantung cuba menyatu.
sisa saat yang berbaki beku.
roh masing-masing sudah entah ke mana memadu asmara.
separa rangkul enak.
mencair.
itu semua kelmarin.

06/09/2011

rasa kehilangan bila kau pergi.
kau pesankan beberapa patah kata dan nekad tidak akan kembali.
tidak sesekali.
pulanglah,mereka darah dagingmu.
benihmu.
syurgamu.
Tuhan akan bantu.

pulanglah,Ibu.
jangan berlalu.

01/09/2011

di bawah paras sedar mimpi sebenarnya mempengaruhi tingkah laku seseorang.ini saja alasan boleh aku bagi bila aku mulakan perbualan dengan lelaki psycho yang suka sapa aku di tempat belajar dulu.
lagi-lagi kalau mimpi ada fling.okay chow.

27/08/2011

fuck normality.
I refused to be easy.

21/08/2011

maaf,nombor yang anda dail sedang sibuk kepayang bersama lelaki orang.
tak usah tinggalkan pesanan selepas bunyi ini.

15/08/2011

ini hari aku panjatkan syukur kerana dilahirkan sebagai seorang hawa semata-mata ada bangsat yang rasa kerja perempuan adalah sujud di kaki lelaki, bernafas ikut telunjuk dia.
bangsatnya lelaki itu sampai aku sendiri buntu macam mana nak bagitahu.

14/08/2011

dasar pandang gelojoh
dasar makan hati
dasar bahasa layang
dasar serba-serbi
pendek kata
dasar jantan suka kunyah perempuan.

13/08/2011

apa ubat rindu?
cuba kasi tahu.

11/08/2011

sambil cuci pinggan-pinggan kotor di sinki
basah lalu
mengucup bahu
mengucap rindu
terbayang momen begitu.

(dua baris itu bukan punya aku).

10/08/2011

rambut gugur
segugurnya hati ini diikat mati.

08/08/2011

because we enjoy being each other's nothing something.
look at us,a bunch of broken hearts.

06/08/2011

buntu
masing-masing keliru
khabar sana tidak tahu
pokoknya sini rindu.

05/08/2011

sedang mogok dalam diam.
poyo pun poyolah.

03/08/2011

kalau ini cerita Full House karya Korea nun sana,lagi jadi babak senyum melompat mata sepet diselangi babak muka tanpa rasa.
lepas tu ada lagu ni sambil duduk peluk lutut dan menangis.


Ah,jahat.

02/08/2011

pabila kau tanya begitu,nakal aku mari.selamba perlahan menjawab,"di ribaan aku.tempat paling selamat buatmu".

01/08/2011

kakak,semalam saya teringat waktu gila kita.waktu kakak nampak saya.waktu kakak peluk saya.waktu yang lain kabur.waktu hanya kita di situ.
saya rindu.
doa untuk kakak baik-baik saja.kuat,kuat.

Sampai Tua (FJ)


Kalau betul kau orangnya,ini janji aku.Pegang.Aku cuba.

31/07/2011

buat kesekian kali,aku rasa hodoh lagi.
angkara seorang lelaki.
ada rindu di pangkal hati
tak lama lagi pasti merebak ke ventrikel kiri.
kita kongsi
depresi.

30/07/2011

marah sedang merokok dengan rakus,mata tiada nyawa dan nafas tercungap-cungap.
tangan kiri capai botol berisi diesel menunggu masa.
lempar macam kena hasut syaitan dengan harapan lunyai nyawa-nyawa ikan.

shut up,bitch.
just shut up.

29/07/2011

waktu tidur sudah berkurang dengan drastik.

apa kamu sudah buat sama katil dan bantal saya haa?
pernah kau rasa menjauh?
kau
jauh.









jauh.

27/07/2011

"well,I'm singing.are you listening?"
"yeah"
"so how was it?"
"emm...bolehlah",jawabnya tanpa mata berenggang daripada surat khabar.

lalu dia blah daripada situ terus ke luar pintu dan tak pulang-pulang lagi selepas setengah jam.
SETENGAH JAM risau gundah.

ada ketukan di pintu.aku buka.dia.tak semena-mena dia cium pipi kanan kiri dahi dan kata,
"esok nyanyi lagi okay,baby?" sambil selit bunga ros puteh di telinga aku dengan hati-hati.

26/07/2011

soalan tipikal lelaki:

tinggal mana?

dan kau expect aku akan jawab,
nombor 7,lorong paling gelap,datang dengan cepat sebelum Abang pulang.

yang menunggu,
gincu merah.
falsafah,falsafah,falsafah.
tak habis-habis dengan falsafah.
pernah dengar falsafah kau-pernah-dua-tiga-kali-tegur-aku-tapi-aku-tak-cukup-menawan-sampaikan-kau-lupa-dan-cuba-taktik-lama?
oh itu falsampah,brother.

24/07/2011

alahai
usah merajuk
tiap-tiap hari aku siram ego
dengan air mata
dibaja cemuh dunia
ala kucikucikuuu punya aku
mahu biar aku rangkul seorang diri?

23/07/2011

ada yang datang bertanya,'itu siapa?'.
entah.aku sendiri tidak pasti.
jadi aku diamkan saja.
perihal dengki
kotor berlumut habitat posesi
cemburu berodor daki
sekali singgah ludah
benci benci benci
kulit bersisik emosi.

22/07/2011

toleh tepi
seperti dikenali
persis si Bruno
romeo paling masyhur mengayat wanita
semi-elektrik
rugi
fius satu lagi neutral entahkan masih berfungsi
boleh jadi mencair
nervosa
si Bruno sudah punya teman
selamat jalan,Singapura.
kehadapan suamiku,

sayang,saya suka ke pasar raya.bila barang runcit habis usah segan pesankan apa yang mahu.harap-harap wangnya cukup untuk tanggung selera perut saya yang agak jumbo dan tentu perut kamu juga.oh iya,mug-mug di rumah kita nanti biarlah besar belaka.kamu tahu dahaga saya bagaimana,bukan?
yang penting peti sejuk kita nanti ada jus epal,oren atau mangga.jangan lupa susu kocak perisa coklat.
itu saja sudah cukup bikin saya bahagia.
berskandal dengan si ramai skandal memang sundal.
seronok tapi sundal.
lama-lama kau akan tamak dan mahukannya untuk kau seorang.

tak boleh kata apa-apa.
mungkin dia langsung tidak endah.
cukup sedap kalau dia tak terperasankan sudah.

tak apalah.
you layan yang ini,i layan yang itu.
fair enough?

21/07/2011

menunggu.
kau nampak tak?
*lambai*
sekarang? nampak?

oh.rabun rupanya.

20/07/2011

mencari nikotin

tak sangka aku akan rindukan surat-suratnya.
she's somewhat cool,very cool.


dan sekarang,
masa untuk nikotin.