05/06/2016

4th June 2016

Last night I watched her succumbed to the strain
Her dead eyes kills with every struck of lightning
As she stabbed her one last time, her demon twitched and wept
Begging for forgiveness
She has lost yet again
All hail Queen Mary.

28/04/2015

No Ring No Nothing

I was in the kitchen, pouring juice for myself.
I can't recalled what we were talking (most likely bickering) about and then it sort of just...happened.

Me: I hate doing laundry
You: I love doing laundry
Me: I love washing dishes more
You: I hate washing dishes
...
You: Do you want to get married or something?
Me: Okay
You: Cool

Phuket, Thailand! I'm engaged.

03/07/2012

daripada kecik mak selalu pesan, "pandai-pandailah awak nak hidup".sometimes she said it with this mischievous look that's almost too naughty.

26/03/2012

perkara ni sudah lama aku simpan. aku ajarkan diri supaya bersabar. mungkin hal yang mengganggu emosi aku taklah serious mana cuma aku yang melenting tak tentu pasal.

gimana kalian melihat aku? sebagai apa?
Tuhan jadikan aku seorang hawa. apakah kalian nampak fakta itu? I've been an XX my whole life. mustahil kamu-kamu terlepas pandang. daripada kecil lagi aku cuba menjadi pendengar yang baik. juga penasihat kepada sesiapa saja yang sudi praktikkan apa yang aku cakap though I myself sucks at that.
aku kawan dengan lelaki sama rata macam aku kawan dengan perempuan. sometimes those friendships started out during the post-breakup phase which is never a problem to me. bila sama-sama bercerita dengan tak sengajanya saling mengenali. hey, don't get me wrong. aku tak mengharapkan apa-apa daripada pihak sana (rasanyalah). setelah aku kenal dengan beberapa kawan lelaki lain, baru aku sedar sesuatu. I was trying to heal them. at least that was what it looked like to me. persoalannya adakah aku 'rebound' semata-mata?
they were dealing with heartbreaks and I was there to comfort them as a friend. jujur aku cakap, aku tak pernah ada perasaan pun pada mana-mana lelaki tersebut. tapi kalau crush, aku tak berapa pasti. mungkin ada.

I don't mind the fact that they turned up to me when they felt sad and low. terimbau kenangan dulu bersama kekaseh lama. aku tak kisah langsung. cuma sekarang baru aku kisah. I mean, come on...pernah tak kau nampak yang aku seorang perempuan dan bukan sekadar kawan? aku bukannya ada perasaan pada kalian jadi aku takdelah kisah sangat, itu yang aku asyik ulang dalam hati. masalahnya aku ada hati. aku jadi terfikir, sampai bila orang akan nampak aku sebagai kawan biasa? do you actually consider me as a friend or I was just...there? I like listening to the stories of others. the human race fascinates me. tapi aku dah mula bengang.
kalian anggap aku sebagai salah seorang dudefriend kalian. lagi aku suka sebab aku pun bukanlah feminin mana. kalau kalian perlukan telinga untuk mendengar cerita tentang perempuan yang kalian berkenan, aku tadahkan saja pendengaran aku dan curah isi-isi kepala aku.
cuma...aku sudah penat. aku rasa kalian sudah terbiasa nampak aku sebagai lelaki. what if you were friendzoning me without realizing it? what if I have feelings for you? nasib aku takde. so it doesn't hurt as much. bayangkanlah, aku kena dengar kau cerita pasal perempuan yang kau minat. lembutnya dia, canteknya dia, whatever have her. aku? pernah tak kau puji cantek? pernah tak kau perasan kalau aku sarungkan baju baru? aku tak hadap perasaan suka kau but it'd be nice to feel as if kau nampak aku sebagai calon pasangan kau just in case the friendship takes another long route.

aku kecewa betul dengan dunia.
awan, simpan aku dalam mimpi kamu? aku mahu berada di situ.

27/11/2011

Salah kau.
Bila terlalu mempersonakan dalam gelanggang sendiri.
Salah kau.
Pakai apa semua comel.
Salah kau.
Lipat hujung jeans pun comel.
Salah kau.
Mesra sangat walaupun baru kali pertama bertentang mata.
Salah kau.
Dan suara kau.
Salah kau.
Salah kau.
Salah kau.

Kahwin nanti behave okay.Semoga anak korang nanti comel kbye.

23/11/2011

Aku tahu aku tak layak untuk majoriti jam-jam di dinding, begitu juga ayat-ayat tenang dan sense of humour kau yang sangat aku berkenan.Cuma aku sedih, hampa, melihat kau pilih lelaki daripada kawan.
Sabar aku sikit tapi aku simpan untuk kau. Aku tak mahu dan tak nak terima term 'putus kawan' walau apa pun yang terjadi. Kau adalah separuh nyawa aku. Dulu bila kau menghilang tanpa khabar, kau tak akan dapat bayangkan betapa nyawa-nyawa ikan aku waktu itu.
Come on. You're giving me more reasons to hate guys.

11/11/2011

Lelaki cantek suka perempuan cantek.Perempuan cantek suka lelaki cantek.Iyalah,kata sama-sama cantek.Secocok bukan? Tinggallah aku teringatkan lelaki cantek yang entah ingat lagi atau tak sama aku.Lelaki cantek yang aku nampak di mana-mana.Lelaki cantek yang aku banding dengan semua lelaki yang pernah aku jumpa.Lelaki cantek yang dahulunya bikin jantung aku gila.Lelaki cantek yang matanya berbicara.Lelaki cantek yang mengelektrikkan.

Dia,asyik.Dan aku masih asyik dengan dia.